Want your
own Fotopage?







 
Majdina's FotoPages
gambar
By: Majdina Kamarulzaman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Saturday, 19-Jul-2008 03:24 Email | Share | | Bookmark
Switching to Flickr

Assalamualaikum all,

I am now switching to Flickr
Click the following link http://www.flickr.com/photos/nurmajdina/

Na... bestnyer...Ya Allah...berkatilah mereka yang suka mmbantu pada mereka yg memerlukan....Amin...
Fri 25-Jul-2008 07:21
Posted by:sue suhaida1699@yahoo.com
Na... bestnyer...Ya Allah...berkatilah mereka yang suka mmbantu pada mereka yg memerlukan....Amin...
Fri 25-Jul-2008 07:22
Posted by:sue suhaida1699@yahoo.com
Add comment


Monday, 26-May-2008 08:54 Email | Share | | Bookmark
Cinnamon Roll

 
 
 

Teringinnya nak rasa.... nnti tapau bawak balik malaysia eh....
Wed 28-May-2008 00:41
Posted by:sue suhaida1699@yahoo.com
Add comment


Friday, 2-May-2008 20:19 Email | Share | | Bookmark
Oreo Cheesecake

 
 
 
View all 6 photos...
Satu cubaan berani membuat Oreo Cheesecake telah berlaku tadi. jap lagi Dina letak gambor ye. Gambar adalah ketika meeting IMAM-UK student Chapter kat Manchester hujung minggu lepas.


mmm... sgt menyelerakan la...
Sun 4-May-2008 05:56
Posted by:sue suhaida1699@yahoo.com
camane le rasenye yae..masam,lemak manis bercoklat..telan air lior je le..
Sun 4-May-2008 08:21
Posted by:umieaisyah  - [Link]
Add comment


Saturday, 19-Apr-2008 06:17 Email | Share | | Bookmark
Muddy Chocolate Cake

 
Kek Coklat yang dimasak bersama-sama sos coklat sekali..

175 g butter softened
175g Brown sugar (optional plus 2 table spoon muscovado sugar)
3 large eggs
2 table spoon milk
1 teaspoon vanilla essence
3 teaspoons coffee granules
150 g self raising flour
30g cocoa powder
2 teaspoons baking powder


The sauce

175 g Brown sugar (optional plus 2 table spoon muscovado sugar)
30 g cocoa powder
450 ml hot water

1.5 litre ovenproof dish, buttered

Instructions
For the cake, same je la caranya bagi yang selalu buat kek. Once the ingredients are mixed well, masukkan dalam baking dish tu. Preheat the oven to 170 degree while preparing the sauce.
When the oven is ready, pour the sauce over the cake, dan masukkan terus ke dalam oven. Bake for about 45 minutes. Kalau rajin, after 10 minutes masuk oven, insyaAllah boleh tgk cake tu dah rise out of the sauce, interesting!

P/s: akan buat kat rumah kak Ija hari ini. Resepi diperoleh dari Mak Ndak yang selalu ada resepi menarik dan sangat dirindui.



Ini hasilnya. Kek tu terapung dalam chocolate sauce tu. Rupa tak menarik sangat, tp rasa ada. Takpe yang penting puas hati.

Sedap tu yang penting!
Sun 20-Apr-2008 01:52
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
hye..salam p'kenalan ... sdpnyer..walaupun nampak simple jer....
Sat 3-May-2008 07:22
Posted by:jue...  - [Link]
mesti canggih rasenye..berdouble2 rase coklatnye,,main lumpur kite.
Sun 4-May-2008 08:20
Posted by:umieaisyah  - [Link]
Add comment


Sunday, 13-Apr-2008 14:40 Email | Share | | Bookmark
Marrakech

 
orange juice 20p
henna!
View all 10 photos...
Marrakech adalah destinasi terakhir di Morocco. Marrakech is a very touristic area. Ada banyak gerai dan kedai menjual makanan dan barangan di sekitar jama' al fina, pada harga yang sangatlah murah. Paling aku rindu adalah gerai oren yang menjual freshly squeezed orang juice pada harga 3 dirham = 20p. Semua orang minum sampai nak sakit perut. Pada waktu malamnya jama' al fina dipenuhi pula dengan gerai-gerai menjual perbagai makanan, persembahan. Semuanya perlukan pelanggan dan akan memanggil-manggil dan menarik pelancong dengan aggresif sekali.

mesti wallah rasa orange juice tu kan... dina... x sbar nk jumpa dina balik mlaysia nnti...
Fri 2-May-2008 02:30
Posted by:sue suhaida1699@yahoo.com
Add comment


Sunday, 13-Apr-2008 12:59 Email | Share | | Bookmark
Merzouga, padang pasir

 
Auberge Du Sud
 
View all 18 photos...
Selepas Fes, kami naik bas selama 9 jam untuk ke Rissani. Kisah membeli tiket bas ni dramatik juga. Memang berbeza berbanding negara Eropah. Mula-mula kami cuba dapatkan tiket di stesen bas di old town, tapi penjual tiket tak dapat nak pastikan bas akan bergerak atau tidak kerana jika dah cukup orang baru bas akan bergerak. Dalam hati aku, habis tu tak kan nak cuba try aje, bas ada tak apa lah. Kalau tak ada? Memang kami tak senang hati bila balik ke hotel untuk solat sebab bas ke Rissani tak pasti ada atau tak. Sedang berehat-rehat di lobi hotel, Nanad pun tanya reception. Rupanya-rupanya ada servis bas yang lebih baik di new town. Pelik sungguh, new town dan old town ni macam dua dunia yang berbeza. Di old town, tiada mesin digunakan, semuanya kerja manusia. Penduduk di old town tidak membayar cukai kepada kerajaan, jadi kerajaan pun tidak menyediakan apa-apa khidmat seperti kesihatan, pelajaran dll. Sebabnya, penduduk di old town memilih untuk hidup dengan tradisi mereka. Itu yang diberitahu oleh guide kami. Semasa berjalan-jalan di old town pun, mereka masih menggunakan keldai, kuda untuk mengangkat barang. Di new town, tipikal bandar moden, tak perlu cerita.

Menyambung cerita, kami tiba di Rissani pada pukul 6 pagi, 6 April. Moha, tuan punya auberge yang kami akan menginap membawa kami menaiki jeep ke auberge di Merzouga, lebih kurang 2 jam dari Rissani. Setibanya di sana, kami makan pagi dan membersihkan diri. Pada pukul 4 petang, kami bersiap sedia untuk menaiki unta selama 1 jam setengah ke tengah-tengah padang pasir. Malam ni tidur di padang pasir! Tak ku sangka macam ni cuti aku.

Naik unta, ok la. Aku seperti biasalah, berlagak seperti semuanya ok. Nanad aje terjerit-jerit takut, aku berlagak cool la kan. Cuak jugak sebenarnya, lebih lagi bila unta tu jalan tepi-tepi bukit kecil, takutlah unta tu jatuh hempap aku yang lebih kecil dari unta tu. Tapi alhamdulillah semua selamat, cuma sakit-sakitlah juga badan cuba balance atas unta. Ramai juga tourist lain yang akan tidur di padang pasir pada malam tu, ada yang dari Holland dan French.

Aku rasa inilah part paling menarik di Morocco ni. Padang pasir ni tak sejuk pun. Bila nak solat, aku minta air dan sejadah dari pekerja. Cuma bab toilet la adventure sikit, sebab tiada toilet yang proper, jadi pandai-pandailah. Macam DOE la sikit, untuk siapa yang pegi masa kat kolej dulu.

Malam tu kami dihidangkan dengan tagine. Sedap sangat! Pastu bila ditanya jika nak tambah, semua tak berani sebab takut sakit perut keesokkan harinya. Yelah, mana nak cari toilet kan, kalau hari siang cerah terang benderang lagi lah tak keruan nanti. Kami tidur di dalam khemah yang disediakan, ada tilam, bantal dan selimut. Tengah-tengah malam aku terjaga, tarik selimut sebab tiba-tiba rasa sejuk. Dengar angin tiup kencang kat luar, khemah ni bukan ada bumbung betul, cuma kanvas yang berlubang-lubang. Confirmlah bila bangun nanti aku diseliputi pasir. Tapi tidur dengan nyenyak sekali sebab dah penat sangat.

Keesokan harinya, aku bangun solat subuh, berwudhu' dalam gelap. Kelakar pulak rasanya sebab taktahu tuang air banyak mana. Lepas solat, ada pekerja kejut bangun macam morning call. Jadi aku baring ajelah dalam gelap tunggu cerah.

Dah cerah, cuaca mendung jadi tak dapat tengok matahari terbit dengan jelas. Tapi kami semua pun tak sabar nak balik auberge sebab nak guna toilet yang betul. Lepas makan pagi, 1 jam setengah lagi di atas unta untuk balik ke auberge. Hampir sampai, angin kuat lagi. Angin kuat bercampur pasir yang tak tahan tu. Terpaksalah balut seluruh muka ni. Sepanjang hari tu, memamg macam ribut, kami pun tak pasti jika Moha akan hantar kami balik ke Rissani. Sebenarnya, ribut pasir tu perkara biasa saja bagi mereka. Hidup berjalan seperti biasa. Kira-kira pukul 3, kami pun pergi ke Rissani untuk naik bas ke Marrakech pada pukul 5.45 ptg. Hospitality memang sangat baguslah, kami diiring sehinggalah kami naik bas. 13 jam perjalanan untuk sampai ke Marrakech. ..........

Care to comment?


Friday, 11-Apr-2008 14:06 Email | Share | | Bookmark
A new member in our family

 
 
Muhammad Zafran Aqil bin Sazlimi selamat dilahirkan pada 8 April 2008, dengan berat 2.7kg.

Agaknya bila diusap-usap pipi dan rambutnya, mata dia terkebil-kebil. Agaknya bila bagi jari kita, dia genggam kuat-kuat. Pastu bila dia ngantuk dia menguap comel.

Oh things I missed...........



faham perasaan tu - been there done that

Fri 11-Apr-2008 23:01
Posted by:iffa  - [Link]
Na.. D.O.B anak ang long bukan 6.4.2008 tapi 08.04.08
Sun 20-Apr-2008 00:26
Posted by:Abg Long
ok wat betul doh. mana gambar lagi?
Sun 20-Apr-2008 09:14
Posted by:majdina
View all 4 comments Add comment


Friday, 11-Apr-2008 06:51 Email | Share | | Bookmark
Morocco : Day 1 & 2

no seat. semua berdiri di aisle
Couscous with chicken and vegetable
Batha Hotel di Fes (with free breakfast)
View all 27 photos...
I flew to Casablanca from Madrid. The first thing to do at the airport was to get Moroccan Dirham. Morocco uses a closed currency, so it's illegal to bring the notes in or out of the country. But I've seen some people having their own dirham in the plane, so probably the legislation is not strict. There was a long queue to get the money, because everyone is getting their own. 1 pound equals to 15 dirham, so I was quite rich back then.

I plan to get on the train to Fes at 3pm. I was running with others to the train station, which is just inside the airport to buy the ticket, 138 Dirham, and jump onto the train. I wondered if there is reservation. There was none. Everybody sat everywhere. I changed train at Casa Voyageurs, where I asked where is the prayer room. This is an Islamic country, mind you.

While waiting for the next train to Fes (which was delayed for 35 minutes). We saw how the local people like when it comes to trains. There was no queue, it was definitely survival of the fittest, everyone pushed everyone aside to get onto the train, or probably to secure a seat. It is common to cross the railway, to get to the next platform.

Well, I got onto the train, no seats. I was like squashed to the window each time someone tried to pass by. I thought I would have to stand for the whole 4 hours journey. "This will be a start of one of a kind experience." After 1 hour, a woman near the compartment I was standing at left, and at last, a seat. It was just so exhausting.

I arrived at Fes at about 9pm, took a cab, had dinner in a posh restaurant and straight to the hotel for a good night sleep.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tagine is a famous Moroccan cuisine. Nanad dengan semangatnya telah meminta resipe dari brother-brother di padang pasir itu. Kami juga dengan semangatnya membeli clay tagine, kononnya nak masak kat Uk ni.

Put onion as the lowest layer in the tagine. Put chicken (or beef, lamb) on top. Season with some salt, put aside for 10-15 minutes. Then, on a cooker, or oven, close the lid and cook for 10minutes. Next put put in potatoes, aubergine, carrot, cucumber or anything you like. Arrange them in a pyramidal shape (to fit the shape of the lid). The put in 2 teaspoon on 44 spices (which we bought here in Merzouga, was said that it can only be bought here) , safrron /turmeric, a glass of boiled water, and sprinkle parsley over the top.

Cook for 40-60 minutes. Then voila, 1 whole meal, eaten with bread, couscous or rice.

Care to comment?


Thursday, 10-Apr-2008 19:42 Email | Share | | Bookmark
Madrid

london to east midland
 
 
View all 14 photos...
Flew to Madrid from East Midland Airport. We spent the night in the airport because the flight was early in the morning on 2nd April.

Madrid was ok. That's all I can say. It was really hot there, that my head was spinning. On the 4th, we flew to Casablanca, Morocco.

Care to comment?


Wednesday, 9-Apr-2008 18:47 Email | Share | | Bookmark
Madrid & Morocco

Tunggu cerita padang pasir!

P/s : Alhamdulillah my sister in law gave birth to a baby boy two days ago, so I am an aunt now. The baby boy is not named yet, but I cant wait to see him!!

Cepatlah 3Jun!

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.